Sunday, October 22, 2017

Pakej Murah 3H2M Pulau Langkawi, Kedah

PAKEJ 3H2M PULAU LANGKAWI, BERDUA PUN BOLEH PERGI,


Tahun 2015 Pakej Langkawi kami sangat2 mendapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah. Sebab kami hanya jual Pakej 3H2M Serendah RM235 Seorang. Percaya atau tidak. Baca lah sampai habis. =) 

Sebenarnya ramai sangat yang selalu salah baca pakej tu. kadang2 kita sendiri pun salah baca dan salah explain pada customer. heheheh Okey macam ni. Detail dalam gambar tu sebenarnya sudah lengkap. Nama Resort penginapan, Nama Location resort tersebut , Apa yang termasuk dalam Pakej.

Sebagai contoh Korang berdua dengan Husband & Wife , Korang boleh ambil Pakej serendah RM275 Seorang. Minimum 2 pax tu merujuk kepada Jumlah orang dalam bilik. Bermakna RM275 Setiap seorang. Dua orang sebilik. dan pakej termasuk seperti dalam gambar diatas. 


3H2M PULAU LANGKAWI ( DUA ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM275/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 2 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang


3H2M PULAU LANGKAWI ( TIGA ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM255/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 3 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang


3H2M PULAU LANGKAWI ( 4 ORANG SEBILIK) 

HARGA :RM275/seorang

PAKEJ TERMASUK 
1) Penginapan di Resort 2Malam ( 4 orang sebilik)
2) Kereta Pandu sendiri sepanjang di Langkawi (Myvi)
3) Island Hopping ( Beras Basah+Easgle Feeding+ Tasik Dayang Bunting)
4) Pickup dari resort ke Jeti Island Hopping pergi dan balik
5) 2x Sarapan pagi di resort setiap seorang

CADANGAN ATURCARA LAWATAN

PAKEJ : 3H2M PULAU LANGKAWI
(KOD PL 01)
DEWASA
RM 275/PAX (2 PAX / BILIK)
RM 255/PAX (3 PAX / BILIK)
RM 235/PAX (4 PAX / BILIK)
KANAK-KANAK
RM 235/PAX (2 PAX / BILIK)
RM 215/PAX (3 PAX / BILIK)
RM 195/PAX (4 PAX / BILIK)
BAYI : FOC (TANPA TILAM)
DEPOSIT :50 % DARI TOTAL
TARIKH :BEBAS PILIH
NAMA RESORT : SANDY BEACH RESORT/SETARAF
TEMPAT MENARIK :
🏖Beras Terbakar , Makam Mahsuri , Cable Car , Muzium Perdana
🏖Pulau Beras Basah , Tasik Dayang Bunting , Pulau Besar (Eagle Feeding)
🏖Dataran Helang , Underwater World , Pantai Chenang
PAKEJ TERMASUK :
✔️Bilik Hawa Dingin
✔️Kereta Sewa (Pandu Sendiri) 48Jam
✔️Island Hoping & Pick Up
✔️Ambil dan hantar ke Jetty atau Airport Langkawi
PAKEJ TIDAK TERMASUK :
Tiket Feri atau Flight
Makanan & Minuman (Anggaran RM10-RM15 sekali makan)
Insuran (Pilihan – RM 10 / Pax)
*ITINERARY SEBENAR ADALAH DIATUR OLEH PELANGGAN SENDIRI, ITINERARY DIBAWAH HNYA SBGAI PANDUAN SHAJA*
*-AKTIVITI FREE AND EASY*
ITINERARI UNTUK 3H2M PULAU LANGKAWI :
HARI 01
12.00 PM : Sampai dan Jemput di Jeti Langkawi atau Airport Langkawi
02.00 PM : Check in di Sandy Beach Resort
03.00 PM : Lawatan ke Cable Car , Makam Mahsuri , Beras Terbakar , Muzium Perdana
HARI 02
07.00 AM : Sarapan di Hotel
08.00 AM : Jemput ke Island Hoping
02.00 PM : Tamat Island Hoping, Makan Tengahari & Aktiviti Bebas di Pekan Kuah
HARI 03
07.00 AM : Sarapan di Hotel
12.00 PM : Check out dan hantar ke Jeti Langkawi atau Airport Langkawi
�NOTA : Jadual perjalanan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan pihak kami berhak menukar dan menyusun atur semula jadual perjalanan.
🚨 *TERMS & CONDITION* 🚨
=======================
01- Boleh dibuat secara online transfer atau bank in di CDM
02- Serahkan bukti pembayaran besertakan detail lengkap!
03- Fullpayment/Balance *"14 days"* before trip
04- Cancellation NO REFUND
05- Cancel Per Pax NO REFUND
06- Change Date | Package | Pax depends on situation
07- Kes Kematian, Kemalangan atau musibah adalah atas budibicara pihak pengurusan
08- Kes Kecuaian sendiri seperti tertinggal bas dikira NO SHOW
09- NO SHOW tanpa sebarang information awal dikira cancel
🤔 Expect the unexpected !
*Siapa Cepat dia dapat, Jangan nangis!*
"NO DEPOSIT - NO BOOKING"
===========================
Whatsapp : +60145294813 siti
===========================

Wednesday, October 4, 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI SINGAPORE



TEMPAT MAKAN DI SINGAPORE YANG WAJIB ANDA CUBA
******************************************************

Hai semua, hari ni saya nak SHARE tempat makan yang selalu pelancong pergi bila di SINGAPORE.

Nak taw tak???

1st Tempat adalah dekat Zam Zam Restaurant yang terletak dekat Arab Street, Berhadapan dengan Masjid Sultan yang gagah berdiri. Masjid yang berkubah keemas ini merupakan antara masjid yang tertua dia Singapore. Antara menu yang tersohor adalah Murtabak Singapore ( Daging, Ayam, Kambing, Rusa). Kalau korang jejak kaki ke sini. Korang wajib pergi tryyyy. Memang Sedap.

Macamna nak pergi ke sini? 

Kalau korang naik kereta senang jer lah, just setting je dekat Waze. google Map " Zam Zam Restaurant" dia terus bawak anda kesana..
kalau anda naik public transport dari " HabourFront MRT Station" Korang terus menuju ke Bugis Station. So dari Bugis korang keluar dan kena jalan menuju ke Arab Street. Dekat jer. Jalan kaki xsampai 10 Minit. 

Semoga Info ni Bermanfaat taw..

Peraturan baharu masuk Thailand mulai 1 Oktober

SONGKHLA: Thailand akan melaksanakan peraturan baharu untuk memasuki negara itu di pintu masuk sempadan negara itu dan Malaysia mulai 1 Okt ini, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Afandi Abu Bakar.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Thailand supaya memahami dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, antara peraturan itu adalah perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand.
"Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah meminta maklumat lengkap berhubung peraturan baharu itu daripada pihak berkuasa Thailand dan akan dimuat naik dalam laman web Kementerian Luar apabila memperolehinya.

Katanya walaupun ada antara syarat kemasukan tersebut telah lama dipraktikkan tetapi difahamkan perubahan dibuat bagi memudah dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand oleh pihak berkuasa negara itu.

Mohd Afandi berkata sepanjang tahun ini sehingga Ogos lepas cuma dua kes kenderaan milik rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melanggar peraturan masuk.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kira-kira 250 rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di selatan Thailand membabitkan pelbagai kesalahan.


-- BERNAMA

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1389965

4 Point Snorkeling Wajib di Pulau Perhentian

4 POINT SNORKELING YANG WAJIB KORANG PERGI DI PULAU PERHENTIAN

Dah agak berhabuk page ni, sorry lah mek tak menyempat2 nak share tempat2 menarik untuk korang, sibuk dalam whatsapps dan FB sana. Jenuh mek nak reply satu persatu pertanyaan.

Kali ni mek nak share  dengan korang point2 snorkeling yang korang wajib pergi kalau korang ke Pulau Perhentian. Kalau korang nak tahu Pulau Perhentian merupakan Pulau yang tersenarai dalam 10 antara Pulau tercantik di Dunia. Haaaa, korang xpayah dah nak pegi jauh2 cari Pulau yang cantik. Sebab dekat area korang pun ada. Orang kata Pulau Perhentian ni acah2 macam Maldive uolss. Mek xtaw lah sampai mana kesahihan dia. Jom kita tengok.


1st Snorkeling point ( Turtle Beach )

Okey dekat sini selalunya dorang bagi peluang untuk buat "Water Confident", apa laa water confident tu kan?? Okey water confident ni lebih kepada nak bagi korang traning dan sesuaikan diri dalam air. ada taw yang pakai life jacket tapi takut. Buat apa korang nak takut sebab life jacket tu kan sifat dia terapung2. So korang akan terapung dalam air tu, sure xtenggelam, tapi korang jgn plak terapung2 dalam hati mek nati mek xleh nak tdow duk ingtkan korang. heheheh

Sini lah Turtle Beach

Tengok view dekat belakang tu

Okey sini dek abang tolong pakaikan snorkle =)

Posing dulu sebelum turun laut..

Seronok baq hangg..

Kalau korang bernasib baik korang dapat tengok Nemo Fish taw dekat sini. tapi kena pergi jauh sikit dari pantai, Jangan risau Sea Life Guide yang berpengalaman yang bawak korang.

2nd Snorkeling Point ( Fish Point/Nemo Point )

Lepas korang buat water confident dekat Turtle Beach mek nak bawak korang pergi test power dekat opensea plak. Next point nama Fish point ataupun Nemo Point. Kat opensea ni korang xyah nak mimpi nak jejak kaki kat dasar hehehe mmg dalam, tapi korang still lagi boleh tengok ikan2 dgn jelas. Air dia tetap Cristal blue water weyyyy. Rasa nak teguk2 jer air jernih tu hehhehe. Meh kita tengok gambar dekat Point sini nice ke x nice. 

Nah Mek blanja gambar nemo kat korang

Geram jer mek tgok ko ni nemo. Geram nak gigit2 heheh

Mek Ready nak terjun..

Mula2 rasa geli2, lama2 mek rasa sedap plak ikan gigit ni =)

Mek memang suka ikan ni main kat tepi2 kaki

Amboi mek sorang kat depan ni xmau tengok camera

yeahaaaa, mek dah sampai sini best

3rd Snorkeling Point ( Turtle Point )

Dah siap pergi tengok Ikan dan main ikan , jom mek nak bawak korang p tengok turtle, korang taw tak pe benda turtle tu? penyu la penyu lah hehehe, Teringat plak lagu orang terengganu katanya " Kiter tengok penyu teler" tapi sini xleh nak tgok penyu teler k. Mek pun baru first time dapat tengok penyu depan mata. So Mek punya excited tu lain macam jer. Terover lebih dek oittt. Jom kita tengok apa yang ada dekat point ni. 

Nampak x turtle tengah makan rumput dekat dasar. 

Mek bagi Good dekat Turtle ni sbb dia xlarik masa mek dive hehehe

Bagi korang yang xpernah tengok Penyu depan mata mmg korang akan meraung2 mcm korang tengok bidadari lintas kat depan mata, hahahha Tapi xpa ni mek belanja korang dlu.  kalau nk tengok live, korang kena pergi sini dlu.=)


4th Snorkeling Point ( Shark Point) 

Fuhhh, penat mek duk selam2 intai penyu jantan, lepas p intai penyu jantan, mek nak kasi tahu korang next best point yang korang kena pegi kalau snorkeling dekat perhentian ni, korang kena pergi dekat Shark point! Okey Fine! Sini korang boleh tengok shark depan2 mata weyyy. Mula2 mek tengok rasa macam nak berlari je naik dalam bot balik, Giler xtakut shark lalu depan mata, tapi dia tengok jeling2 manje. Mungkin dia xberkenan dekat mek kot. sebab mek kurus. Daging pun xdakkk hehehhe. Korang yang lemah jantung jangan turun taw. Nati xpasal2 fengsan dalam air. Korang jangan risau guide akan bawak korang pergi cari shark dan shark ni bukan jenis spesis yang suka baham orang. Dia makan ikan2 kecik jer. So Xbahaya lah, dorang hidup sana pun dengan aman dan sentosa. Jom lepakk tengok shark kat gambar bawah ni.

Macam ni rupa shark. Slalu tengok dalam tv, hari tu dapat lah tengok depan mata

Gambar ni guide mek yang tolong ambil. Mek duk jauh2, balik rumah baru mek tengok dalam gopro hehehe

Okey mek rasa sampai sini jer mek nak share pasal 4 Point Snorkeling yang wajib untuk korang pergi tengok sndri bila korang jejakkan kaki dekat Pulau Perhentian. So harap info dari mek ni berguna untuk panduan korang semua. InshaAllah kalau mek rajin , mek buat entry lain yerr.

Special thanks to Bahtera Kembara Holidays for info. Kalau ada yang berminat, boleh lah dapatkan Pakej Pulau Perhentian dengan mereka. Sangat trusted dan berbaloi..


BERMINAT DENGAN PAKEJ PULAU PERHENTIAN MURAH DAN BAJET??
TEKAN SINI



Bagaimana Cara Mudah untuk ke Pulau Perhentian

Macamana nak pergi ke Pulau Perhentian?

Hai Korang semua, hari ni mek ada sikit masa yang terluang. Pastu Line Internet plak nampak macam laju semacam jer, Jari jemari ni pun terasa mcam ringan, otak ni plak gasakk duk berpusing. pastu tengok MacBook atas meja nampak duk relex tayang badan. So apa lagi Mek nak manfaatkan semua benda ni. Walaupun mek tahu semua ni pinjaman sementara jer. Betul x?? Okey dah dah dah..

Hari ni mek nak share dengan korang How To go Perhentian Island dalam bahasa melayu nya " Bagaimana cara untuk ke Pulau Perhentian" Jelas ke xjelas? hahahahah Sebut je Pulau Perhentian, memang org dah sah2 kenal Pulau Perhentian ni, mana xnya sbb ramai orang cakap Pulau Perhentian ni dah macam Maldive koo.

Boleh tahan ramai jugak yang duk pm dekat Fb mek dan wasup mek tanya macamana nak ke Pulau Perhentian. So Mek nak share dekat sini, harap info yang mek bagi ni berguna untuk korang yang nak p Pulau Perhentian. Sebenarnya nak pergi sini xsusah. Kita skrang dunia dah moden dah canggih so banyak kemudahan asas yang disediakan. 

Korang ada beberapa cara Untuk Ke Pulau Perhentian. Yang pertama korang boleh naik bas, kedua naik kereta sendiri dan ketiga korang boleh naik flight.


NAIK BAS DARI TERMINAT BERSEPADU SELATAN ( TBS)
Ni Kaunter Tiket, banyak sangat. Nati korang pergi je mana yang kosong. Semua destinasi ada taw.

TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Okey xpa mek nak citer untuk part yang naik bas. Mek ambil satu tempat dalam malaysia ni yang agak2 ramai orang mulakan perjalanan dorang dari sana. Mek ambil contoh Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan , Sungai Besi. So Bagi korang yang dari Kuala Lumpur, korang boleh ambil tiket bas dekat kaunter. Dekat sana ada direct bas ke Jeti Pulau Perhentian (Kuala Besut).


Tiket untuk bas tu bermula dari RM46 Sehala. Dulu masa mek mula2 nak pergi pulau perhentian, mek naik bas dekat TBS pastu turun dekat Terminal bas Kuala Besut yang dekat dengan Jeti Pulau Perhentian. Mek pilih Bas Perdana, sebab tertarik dengan dia punya slogan 'Selamat dan Selesa". Mek naik malam sampai pagi dalam pkul 6.30pagi macam tu. So sempatlah mek solat subuh dekat area jeti tu. 

Ni rupa Bas Express Perdana

Mek siap je solat dekat Masjid berdekatan , Mek cuba look around dulu. Ingtkan jeti jauh dari stesen bas ni, Rupanya dekat jer, jalan kaki je jeti. So dekat jeti ada gerai2 makan, masa tu mek pergi dalam pkul 7.30am, gerai sana baru kemas2 nak bukak, mek tunggu je dekat depan kedai tu. ada brother ni tengok mek duk tercegak jer, dia cepat2 susun kerusi nak bagi mek duduk. Fuhh dapat duduk then order teh tarik panas pastu ada nasi lemak ayam goreng. Perut lapar semua mek telan. hehhehe

Ni lah Stesen bas dekat Jeti Kuala Besut tu. Gambar sumber dair Mr Google.

nasi lemak

NAIK KAPAL TERBANG DARI KLIA/KLIA2

Okey ni plak mek nak citer untuk korang yang decide nak pergi naik flight. Kalau korang nk ke sana korang kna ambil flight dari KUL-KBR taw. sebab lagi dekat compare korang turun dekat Kuala Terengganu. Sebab Jeti kuala Besut tu dia sempadan dengan kelantan jew. So memang dekat.
Mek suka naik Airasia sebab murah, RM39 pun dah dapat

KLIA

Bila korang sampai je dekat Airport Kota Bharu, korang keluar tu dah ada kaunter taxi. So korang bagitahu jer kaunter tu korang nak ke Jeti Kuala Besut. Satu taxi RM75 boleh masuk 4 orang. So taxi akan bawak korang direct pergi ke Jeti Kuala Besut. Mek pernah naik skali taxi ni tapi mek terkena RM90 kauu. Sebab mek ambil kat luar airport. Xtaw plak harga dalam airport lagi murah hehehhehe

Taxi Airport Kota Bharu, Cun kan?? 


Perjalanan dia lebih kurang 1 jam setengah dari Airport. Sempat lah korang nak pejam2 mata2 dlu dalam taxi tu. Sampai jer dekat Jeti korang lepak2 lah dlu. hehhehe  Tunggu staff mek ambil untuk pergi ke Pulau Perhentian ( Kalau Ambil Pakej dengan mek) =)


Mek rasa sampai sini dulu lah coretan mek untuk petang ni. Xlarat dah nak menaip. hehhehe Nati kalau ada cara lain untuk pergi ke sana Mek Share lagi dengan korang yer.. Trima kasihhh. Mek sayang korang. Korang kena sayang mek jgk hahhahaha





Pakej Murah! Pulau Perhentian 3Hari 2Malam

Kalau korang baca entry mek yang lepas, mek ada reveal 4 Point Snorkeling yang wajib korang pergi kalau korang ambil Pakej Ke Pulau Perhentian. Kali ni mek nak reveal Pakej Murah Selesa Jimat dekat Pulau Perhentian Plak.

Kali ni mek memilih Pakej dengan Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd untuk stay di Flora Bay Resort. Mula2 mek deal dengan dorang mek xletak harapan yang tinggi menggunung taw. Sebab mek takut di akhir penantian nanti mek terluka dek sembilu yang terselit. hehehe

Okey Pakej Ni ada tiga harga sebenarnya, Harga untuk bilik kipas bagi orang yang ala2 bajet, pakej bilik aircord dan Pakej Bilik Hadap pantai untuk orang2 yang memilih untuk bangun pagi trus tengok laut.=) So far mek ambil pakej kipas RM240 jer setiap sorang.

Mula Mek deal dengan dorang, dorang kasi detail yang macam kat bawah ni. Ni detail latest untuk Pakej 2016 punya sampai Oct dan Awal Nov tu pun kalau ombak xbergelora lagi.

Mek baru plan nk tanya banyak2 dorang pasal pakej, tapi dorang siap bagi detail macam kat atas tu. So rasanya semuanya lengkap. Dorang dah cakap harga RM berapa, dorang dah tulis apa yang termasuk dalam harga pakej, dan dorang dah cakap apa yang tidka termasuk dalam pakej siap inform lagi brapa kos yang terlibat kot2 lah kita xpandai nak bajet. Gambar bilik pun dah di bagi dalam detail tu.

Mula2 dorang tanya Nama, Date bila nak pergi, Berapa orang nak pergi dan nak duduk brapa orang satu bilik. Kalau macam bilik yang dalam gambar tu, Jenis Bilik kipas dan acc. Masa mek pergi hari tu bilik acc dah penuh, so mek pilih je bilik kipas. Itu jer yang ada. So kalau next time korang nak pergi, kena decide cepat2 sebab kat sana bilik selalu penuh.

Mek mintak dorang cek date dulu, then kalau ada kosong baru dorang mintak mek masukkn deposit separuh dari harga pakej. So mek cepat2 transfer jer guna CimbClick, Cepat dan pantas. Heheheg Bila dah booking mek dah xsabar nak p tengok mcmna rupa pulau perhentian.

Orang cakap pulau perhentian ni macam Maldive. Hahaha Okey mek xkisah lah, selagi mek xsampai tengok sendiri dengan mata kepala mek, mek xpuas hati hehehe.

Nak tengok Lebih jelas lagi Pakej ni? Okey klik sini

Pakej Murah Pulau Perhentian RM240/Seorang

3HARI 2MALAM PULAU PERHENTIAN

Resort : Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar
Daftar Masuk Resort : 2.00PM
Berlepas dari Jeti : 09.00 AM, 11.00 AM, 2.00PM, 4.00 PM
Berlepas dari Resort : 08.00AM, 12.00 PM
( MASA PELEPASAN BERGANTUNG PADA KEADAAN SEMASA ANGIN DAN OMBAK)


Flora Bay Resort merupakan resort yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar.
Resort ini di lengkapi 24 Jam Elektrik, terdapat cafe resort untuk pelanggan. Sangat sesuai kepada yang bajet rendah dan kepada keluaga yang ingin membawa anak-anak ke Pulau Perhentian. 50 meter dari pantai, sekali gus memberikan peluang kepada anak2 untuk mandi-manda.

Kawasan Flora Bay Resort
Aktiviti Bola Tampar pantai juga disediakan 

Terdapat Kerusi untuk anda bersantai2 dan makan di cafe resort

Gunalah buai ini untuk mencari ketengan dipulau=) 

Sangat sesuai untuk Keluarga yang ingin luangkan masa bersam anak2

Di Hadapan Flora Bay Resort

Cafe Resort yang sangat luas untuk menampung lebih dari 300 Orang dalam satu masa





PAKEJ BILIK KIPAS RM240/Pax


Bilik untuk Pakej ini dilengkapi dengan Satu Katil Besar @ Dua Katil Kecil untuk dua orang, maximum 3 Orang sebilik. Orang ketiga diberikan satu Extra Mattress. Bilik air didalam tanpa hot shower, satu almari baju dan cermin.

PAKEJ TERMASUK 

  1. Penginapan 2 Malam 
  2. 2x Sarapan Pagi
  3. Snorkeling Guide
  4. Snorkeling Trip 4 Point 
  5. Peralatan Snorkeling
  6. 1 Point Bonus ke Lata Air Berani
  7. Boat Laju dari Kuala Besut-Resort ( Pergi Balik)
PAKEJ TIDAK TERMASUK 
  • Makan minum ( Bajet Makan RM10-15 Sekali Makan)
  • RM5 setiap seorang ( Marine Fees) Perlu bayar di Jeti Kuala Besut



PAKEJ BILIK AIR COND RM295/ SEORANG 

Bilik untuk Pakej ini dilengkapi Penghawa Dingin , Satu Katil Besar @ Dua Katil Kecil untuk dua orang, maximum 3 Orang sebilik. Orang ketiga diberikan satu Extra Mattress. Bilik air didalam, Satu Hot Shower, satu almari baju dan cermin serta Peti Ais Mini.


PAKEJ TERMASUK 

  1. Penginapan 2 Malam 
  2. 2x Sarapan Pagi
  3. Snorkeling Guide
  4. Snorkeling Trip 4 Point 
  5. Peralatan Snorkeling
  6. 1 Point Bonus ke Lata Air Berani
  7. Boat Laju dari Kuala Besut-Resort ( Pergi Balik)
PAKEJ TIDAK TERMASUK 
  • Makan minum ( Bajet Makan RM10-15 Sekali Makan)
  • RM5 setiap seorang ( Marine Fees) Perlu bayar di Jeti Kuala Besut

INFO PENTING : Pakej ini tidak termasuk dengan Pakej Makan, Anda boleh Order Makanan di Cafe Resort ataupun Cafe yang berdekatan dengan resort. Bajet Makan untuk setiap seorang sekali makan RM10-15. Lebih jimat kalau anda order sendiri mengikut bajet anda. 

SURCHARGE : 20% dari harga Pakej akan dikenakan dari Bulan JUL, OGOS, SEPT.

BERMINAT: TEKAN SINI